Video Image 1
Shadow Image

Santunan Emas

Program Santunan Emas kembali di Masjid Al-Muttaqin

Masjid Al-Muttaqin, dengan sokongan Ma:een, Muhammadiyah Active Ageing Centre, Health Promotion Board, Methodist Welfare Services (MWS), Allkin dan Sunlove, menjemput para jemaah berusia 50 tahun ke atas untuk menyertai Program Santunan Emas yang akan kembali bermula pada 1 April 2026, setiap Hari Rabu di masjid.

Program ini menghimpunkan pengisian rohani, jasmani, kognitif dan sosial melalui kuliah mingguan serta aktiviti bermanfaat bersama rakan-rakan masyarakat kami.

Setiap minggu, para peserta akan mengikuti kuliah 300 Hadith Bimbingan bersama Ustaz Mohamed Fatris Bakaram, dari 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Di samping itu, kami juga memperkenalkan siri aktiviti baharu selepas kuliah, secara bergilir setiap minggu sepanjang 4 minggu:

Minggu 1: Senaman bersama Health Promotion Board
Minggu 2: Sesi seni dan kraf tangan bersama Methodist Welfare Services (MWS)
Minggu 3: Senaman kognitif bersama Allkin
Minggu 4: Sukan adaptif bersama Sunlove

🗓️ Tarikh:
Bermula pada 1 April 2026, setiap Hari Rabu. 

🕌 Tempat: Aras 1, Masjid Al-Muttaqin

Ambil peluang ini untuk menimba ilmu dan menjaga kesihatan rohani serta jasmani. Program ini terbuka kepada semua warga emas, dan tempat acara mesra kerusi roda. 🤲🏼

Daftar sekarang.

Atau hubungi kami di:
64547472 / 89329563

#ProgramSantunanEmas #MasjidAlMuttaqin

Free

Shadow Image
Form Registration

Great, let's join with us

Shadow Image
Email is required. Notification will be send to this email.

Registration by member
Shadow Image